Siakap Keli
Gambar: Mothership

Sekumpulan Pelancong Dihukum Tulis ‘Saya Minta Maaf’ Sebanyak 500 Kali Lepas Langgar Perintah Berkurung

Disebabkan oleh penularan Covid-19, India juga telah menguatkuasakan perintah berkurung sejak akhir bulan Mac yang lalu. Penduduk hanya dibenarkan untuk keluar dari rumah jika ada keperluan yang mustahak.

Namun, tidak semua yang patuh kepada perintah berkurung itu. Sekumpulan pelancong asing dipercayai melanggar perintah tersebut di sebuah bandar di India dan dihukum untuk menulis ‘Saya minta maaf’ sebanyak 500 kali.

Seramai 10 orang pelancong yang berasal dari beberapa buah negara ditangkap semasa sedang berjalan-jalan di Rishikesh India utara.

Ayat yang tepat di dalam tulisan itu adalah ‘Saya tidak mengikuti peraturan perintah berkurung, jadi saya minta maaf’.

Gambar yang tular di laman Twitter itu memperlihatkan sekumpulan orang Barat sedang menulis di atas beberapa helaian kertas sambil diperhatikan oleh pihak polis yang juga sedang memegang tongkat.

Gambar: Mothership.sg

Pegawai polis tempatan berkata hukuman ‘luar biasa’ itu dikenakan bagi memberi pengajaran kepada mereka.

Mereka juga berkata akan mengarahkan hotel-hotel di kawasan tersebut untuk membenarkan pelancong asing keluar jika hanya ditemani oleh pembantu setempat sahaja.

Lebih daripada 700 pelancong asing dari beberapa buah negara yang tinggal di kawasan itu telah melanggar peraturan perintah berkurung di India.

Sumber: mothership

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa