SEMUA kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di zon merah dan zon kuning di seluruh negara telah selesai disanitasi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses sanitasi ke kawasan-kawasan PPR tersebut melibatkan 37,686 unit.
“Semalam juga, sembilan kawasan guna sama skim Strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi.
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan 26 kawasan guna sama zon merah di Selangor telah selesai disanitasi,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.
Selain itu, Ismail menambah, sebanyak 1,527 operasi sanitasi di 89 zon, termasuk 26 zon merah telah dijalankan sejak 30 Mac 2020 melibatkan 1,062 bangunan kerajaan, 518 tempat awam, 675 pusat perniagaan dan 124 pasaraya.
“Semalam, 114 operasi sanitasi meliputi 43 zon di 12 negeri, termasuk 33 kawasan di Johor dan 19 kawasan di Pahang.
“Ia melibatkan 75 bangunan kerajaan, 36 tempat awam, 76 pusat perniagaan dan lima pasaraya,” jelasnya.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan).
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Yb Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sunday, 12 April 2020
Sumber: MKN