Siakap Keli
Kredit: Friends of PDRM

Tabik Abang Polis, Muka Habis Berbelang Jaga Roadblock Tengah Panas Demi Nak Kekang COVID-19

Di saat orang lain duduk di rumah bersama keluarga tersayang, petugas barisan hadapan terpaksa bekerja keras untuk negara. Polis dan tentera terpaksa berjemur di tengah panas demi memasikan semua orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar anggota polis yang ‘terbakar’ muka dipercayai akibat terlalu lama berjemur di tengah panas ketika sekatan jalan raya.

Gambar yang dikongsikan laman Friends of PDRM itu mendapat lebih 2.8 ribu tanda suka dan dihujani komen positif dari netizen.

Terima kasih, kerana anda kami selamat

Semoga semua frontliner dilindungi Allah

Bangga dengan kalian

Semoga semuanya berakhir segera, dan semua pengorbanan mereka terbalas.

Terima kasih wira negara!

Sumber: Friends of PDRM

Amira

Love yourself.