MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan bahawa semua operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara adalah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Saya kira ini menjawab segala persoalan yang ditimbulkan rakyat.
“Maka perdana menteri sendiri telah memutuskan bahawa tidak ada lagi isu yang berkaitan dengan kedai gunting rambut dan sebagainya kerana ianya tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP, ” katanya.
Perkara berkenaan diumumkan beliau dalam satu sidang media sebentar tadi.
https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/521648002114558/?v=521648002114558
Sumber: RTM