Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: Pelajar IPTA, IPTS Diminta Terus Kekal Di Universiti Masing-Masing Sepanjang PKP

Putrajaya, 13 April – Kerajaan meminta semua pelajar kekal di institut pengajian masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Ke-3 ini.

“Kita memutuskan bahawa pelajar-pelajar di uni dan ipt diminta terus kekal di universiti masing-masing. InsyaAllah kebajikan, makan minum mereka akan terus ditanggung kerajaan,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

Tambahnya, semua keputusan ini adalah bagi memastikan usaha kita untuk memutuskan rantaian untuk membendung COVID-19 ini berjaya.

”Kita tak mahu berlaku pergerakan besar-besaran yang akan menyukarkan pemantauan pihak polis. Pergerakan besar-besaran ini mungkin menjadi kluster baru dalam penularan COVID-19 ini”, kata beliau.

Tindakan ini untuk menjaga kepentingan mereka, keluarga dan masyarakat sekeliling apabila mereka pulang ke kampung, kata beliau.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), seramai kira-kira 80,000 pelajar berada di kampus seluruh negara pada ketika ini.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.