Siakap Keli

(Video) ‘Hikmah’ COVID-19, Haiwan Liar Bergerak Bebas Ketika Manusia ‘Terkurung’ Di Rumah

Penangan wabak jangkitan COVID-19 sedikit sebanyak telah ‘mengubah’ normalisasi kehidupan di dunia pada hari ini.

Kebanyakan negara telah melaksanakan perintah lockdown sebagai langkah utama dalam mengekang penularan jangkitan virus tersebut hingga menjadikan bandar-bandar yang dahulunya sesak, kini menjadi sepi seakan tiada manusia.

Namun, di sebalik ‘kesepian’ ini, dari sudut lain, ia adalah ‘rahmat’ kepada sebilangan besar haiwan liar yang dahulunya hidup secara tersepit akibat ancaman manusia, kini sudah bergerak bebas ke jalanan untuk menikmati kehidupan.

Menurut satu video yang dikongsikan oleh pengguna Twiter, Stance Gronded, pelbagai negara di dunia kini seolah-olah didominasi oleh haiwan liar yang telah bebas sementara manusia pula berkurung di rumah.

Selain itu, tular beberapa video lagi di yang memaparkan situasi yang sama; haiwan liar ‘turun padang’ ke jalanan.

Mungkin pada sesetengah orang, perintah lockdown ini menjadi satu kepayahan kerana segala pergerakan dan aktiviti terbatas.

Namun bagi golongan pencinta haiwan, inilah saat yang dinantikan apabila melihat haiwan liar bebas bergerak ke sana dan ke sini tanpa apa-apa ancaman.

Benarlah kata orang, di sebalik ujian yang Allah beri, pasti ada hikmah di sebaliknya.

 

Sumber: Twitter, Youtube

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.