CUKUP menyayat hati. Tular satu gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang lelaki meninggalkan seekor anjing bersama anaknya di dalam kotak di tepi jalan.
Berdasarkan gambar, difahamkan ibu anjing tersebut memeluk kaki tuannya, seakan merayu supaya ia bersama anak-anaknya tidak dibuang.
Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association memuat naik gambar tersebut di Facebook hari ini dan memohon pemilik CCTV berkenaan untuk tampil menghubungi mereka bagi siasatan lanjut dijalankan.
IBU ANJING MERAYU KEPADA TUANNYA SUPAYA DIA BERSAMA 5 ANAK TIDAK DIBUANG
Rakaman pembuangan anjing peliharaan berserta 5 anak anjing oleh seorang lelaki India dikesan melalui cctv.
Inilah punca penambahan bilangan anjing jalanan. Untuk apa pelihara jika tidak mahu bertanggungjawab?
Apabila disuruh lakukan pemandulan. Alasan biasa kita dengar hukumnya haram, zalim mandulkan anjing kerana anjing punya nafsu dan perasaan.
Tetapi bila sudah bosan. Buang di tepi jalan. Adakah anjing berserta anaknya sudah tidak punya perasaan? Cuba perhatikan foto. Anjing merayu kepada tuannya supaya tidak dibuang.
Malaysia ada akta yang lengkap untuk dakwa pelaku Illegal Dumping begini.
Pemilik CCTV dimohon tampil untuk kemukakan laporan sebagai saksi utama.
Hubungi Animal Malaysia di WhatsApp 01120901097 (WhassApp Sahaja) untuk bantuan laporan.
Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.
Berikut adalah gambar daripada rakaman tersebut;

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association