Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menyumbangkan sebanyak 25,000 kit alat perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas kesihatan barisan hadapan di negeri barat Maharashtra.
Aktor berusia 54 tahun itu dalam satu laporan pada bulan lepas mengumumkan beberapa inisiatif dalam membantu mencegah penularan virus di India, termasuklah menyediakan makanan percuma dan menawarkan ruang pejabat empat tingkatnya digunakan untuk rawatan pesakit COVID-19.
Selain itu, menurut laporan Hindustan Times, usahanya itu mendapat pujian daripada Menteri Kesihatan Awam & Kebajikan Keluarga, Rajesh Tope yang berterima kasih dengannya melalui Twitter.
“Terima kasih banyak kepada Shah Rukh Khan atas kprihatinan anda menyumbangkan 25,000 kit PPE. Ini adalah satu langkah yang panjang dalam menyokong perjuangan kami melawan COVID-19 dan melindungi petugas kesihatan barisan hadapan kami,”

Aktor itu turut membalas kenyataan tersebut dengan berkata,
“Terima kasih tuan atas segala pertolongan anda untuk menyampaikan kit (PPE) itu. Kami semua bersama-sama dalam usaha ini untuk melindungi diri kami dan juga kemanusiaan. Kami gembira kerana turut terlibat dalam perkhidmatan ini. Semoga keluarga anda dan pasukan akan selamat dan sentiasa sihat,”
Selain itu, Shah Rukh Khan juga terlibat dalam usaha menyampaikan kesedaran awam.
Pada 18 April, beliau akan menyertai beberapa artis dari seluruh dunia bagi rancangan khas siaran televisyen dunia yang dibawakan oleh bintang pop, Lady Gaga untuk memberi sokongan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.
Konsert maya ‘Called One World Together At Home’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Pertubuhan Advokasi Antarabangsa Global Citizen itu akan disiarkan pada 18 April dan turut akan menampilkan perkongsian pengalaman sebenar daripada doktor, jururawat dan keluarga yang terlibat dalam pandemik tersebut.

Many thanks Mr. Shah Rukh Khan for your kind contribution of 25,000 PPE kits. This will go a long way in supporting our fight against COVID19 & protecting our frontline medical care team @iamsrk @MeerFoundation @CMOMaharashtra
— Rajesh Tope (@rajeshtope11) April 13, 2020
Thank you sir for all your help to source the kits. We are all together in this endeavour to protect ourselves and humanity. Glad to be of service. May your family & team be safe and healthy. https://t.co/DPAc7ROh7i
— Shah Rukh Khan (@iamsrk) April 13, 2020
Sumber: BBC, Hindustan Times, Twitter