Mengambil kira segala pengorbanan dan peranan ibu dalam kehidupan, golongan wanita selayaknya perlu dihargai dan dihormati.
Bukan untuk menyalahkan lelaki, namun ada sesetengah daripada mereka yang tidak menghormati dan mengambil kesempatan ke atas golongan wanita.
Keadaan ini sama dengan situasi yang dikongsikan oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi. Melalui ciapan di Twitter, beliau berkongsi kiriman mesej dari wanita yang dipercayai mengenali seorang lelaki yang bertanya mengenai bahagian peribadinya.
Lelaki seharusnya lebih peka dan tidak sewenang-wenangnya berbicara mengenai perkara lucah atau bahagian sulit wanita.
Menurut Akhi Fairuz, lelaki yang dikatakan berfikiran terbuka adalah mereka yang boleh berbual mahupun berbincang mengenai pelbagai perkara dan bukannya berkaitan perkara sensitif.
Baginya juga, jika seseorang lelaki itu mula berbual mengenai perkara-perkara peribadi terhadap perempuan, individu tersebut bukanlah boleh dianggap sebagai mempunyai pemikiran terbuka.
Perkongsian olehnya juga turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Pun begitu, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada individu lain untuk tidak terperangkap dengan perbuatan tersebut.
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi