ISTANBUL: Gempa bumi dengan kekuatan 3.8 pada skala Richter melanda Istanbul, Turki pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD), gempa berlaku di pantai Laut Hitam di daerah Arnavutkoy pada 2.56 pagi waktu tempatan (7.56 pagi waktu Malaysia), dengan kedalaman 7.03 kilometer.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – BERNAMA