Rusia, 14 April – Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku selama beberapa hari dan menghampiri tinggalan loji nuklear tinggalan di Chernobyl, lapor BBC.
Menurut wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan di sana, kebakaran itu telah menghampiri loji nuklear tersebut dan kini berada dalam lingkungan kira-kira satu kilometer dari lokasi berkenaan.
Kebakaran yang telah merebak seluas 12,000 hektar itu dilaporkan kebakaran kedua terbesar di sana manakala kebakaran hutan terbesar telah mencapai 34,000 hektar.
Polis tempatan berkata, kebakaran dipercayai bermula pada 4 April apabila seorang lelaki membakar rumput kering berhampiran pekan terbiar yang menempatkan loji itu.
Seramai lebih 300 bomba dengan enam helikopter dan pesawat sedang memadamkan kebakaran tersebut.
Pada 5 April lalu, pemangku ketua penyiasat ekologikal Ukraine, Yegor Firsov berkata tahap radiasi di kawasan itu meningkat melebihi paras normal.
Walaubagaimanapun, kerajaan menafikan dakwaan itu diikuti penarikan semula kenyataan oleh Firsov.
Sementara itu, ketua projek tenaga Greenpeace Russia, Rashid Alimov berkata, api dengan tiupan angin boleh menyebarkan radionuklid, atom yang memancarkan radiasi.
“Api menghampiri fasiliti nuklear atau radiasi yang berbahaya sentiasa merupakan satu risiko. Dalam kes ini, kami mengharapkan hujan pada esok hari,” katanya.
Sumber: BBC, The Independent