Siakap Keli
Grafik: Google

Kes Jangkitan COVID-19 Di Seluruh Dunia Kini Hampir Mencecah Angka 2 Juta

Kes jangkitan wabak COVID-19 di seluruh dunia kini hampir mencecah angka 2 juta kes setakat pukul 8 pagi hari ini, merujuk kepada data yang dikeluarkan Universiti John Hopskins, Amerika Syarikat (AS).

Apa yang bermula sebagai penyakit radang paru-paru ‘misteri’ yang dikesan di Wuhan, China pada hujung tahun lepas telah berubah menjadi krisis kesihatan global yang memberi ancaman kepada sistem kesihatan dan juga ekonomi.

Wabak ini mengambil masa selama empat bulan untuk menjadikan jumlah jangkitan di seluruh dunia mencapai angka 1 juta.

Namun sejak 3 April, pandemik ini hanya mengambil masa kira-kira seminggu sahaja untuk menjadikan jumlah keseluruhan berganda kepada hampir 2 juta, lapor ulasan di Bloomberg.

Menurut statistik Worldometer, angka keseluruhan kes terkini di seluruh dunia berjumlah 1,924,677 kes, dengan mencatatkan 119,692 kematian dan 445,005 kes yang telah pulih.

AS masih menduduki negara pertama mempunyai jangkitan tertinggi di dunia dengan 586,941 kes dengan 23,640 kematian, manakala Sepanyol pula berada di negara kedua tertinggi di dunia selepas AS dengan 170,099 kes dan 17,756 kematian.

Semalam, Malaysia mencatatkan 134 kes baharu dan menjadikan kes keseluruhan terkini berjumlah 4,817 kes, kian mengampiri ke angka 5 ribu dengan jumlah kematian 77 kes dan 2,276 kes berjaya pulih dan dibenarkan discaj.

Sumber: Bloomberg, Worldometer, KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.