Siakap Keli

Lelaki Di India Terdesak ‘Kaut’ Susu Tumpah Guna Tangan Semasa Perintah Berkurung

Seorang lelaki di India dirakam sedang ‘mencedok’ susu yang tumpah diatas jalan raya menggunakan kedua tangannya dan memasukkan ke dalam sebekas balang.

Dalam masa yang sama, beberapa ekor anjing kelihatan sedang ‘menghirup’ sisa tumpahan susu tersebut.

Kejadian itu berlaku apabila sebuah trak berisi susu tumpah diatas jalan di bandar Agra, India.

Sebelum ini, India berdepan krisis apabila ramai diantara penduduk tidak bersedia dengan perintah berkurung dan tidak mampu menyimpan barang makanan yang cukup bagi keperluan harian.

Perdana Menteri, Narenda Modi memberitahu, India dibawah perintah berkurung sejak 25 Mac lalu dan akan dilanjutkan sehingga 3 Mei 2020.

“Daripada sudut ekonomi, kami kehilangan jumlah besar tapi nyawa rakyat jauh lebih berharga,” katanya.

Walau bagaimanapun, situasi itu memaksa segelintir penduduk di sana berada dalam keadaan yang tertekan dengan tiada pekerjaan dan kekurangan sumber harian.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.