Siakap Keli

MKN Nafi Sebar Mesej Bazar Ramadhan 2020 Dibenarkan Operasi Seperti Biasa

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media semalam memaklumkan bahawa bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Namun hari ini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan mesej menggunakan nama Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberitahu bahawa Bazar Ramadhan 2020 dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Pun begitu, kesahihan berita tersebut telah mendapat perhatian pihak MKN sendiri dan mereka telah menafikannya menerusi satu kenyataan di saluran Telegram rasmi MKN.

Gambar: MKN

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan kebenaran bagi Bazar Ramadan beroperasi dan menegaskan berita yang tular ini adalah palsu,” kata MKN.

MKN juga memberi peringatan kepada masyarakat agar sentiasa semak berita meragukan yang diterima hanya di platform rasmi MKN dan di portal sebenarnya.my.

Sumber: MKN, sebenarnya.my

Adib Mohd

Nur Farra