KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Seorang penghantar makanan membuat laporan polis selepas menemui dua peket disyaki dadah jenis ganja dalam bungkusan makanan pelanggannya.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 31 tahun itu menerima pesanan untuk menghantar satu bungkusan barang dari Petaling Jaya ke Setapak.
“Semasa berada di kawasan Gombak, lelaki itu telah membuka bungkusan kerana merasa tidak sedap hati dan mendapati bungkusan itu mengandungi roti canai dan dua plastik lutsinar disyaki dadah.
“Lelaki itu terus membuat laporan polis dan usaha untuk kesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA