Siakap Keli

PKPD Sungai Lui Di Hulu Langat Tamat, Kecuali Di Maahad Tahfiz An-Nabawiyah & Sebuah Rumah- Menteri

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor berakhir hari ini, atas nasihat Menteri Kesihatan.

Namun, penamatan PKPD itu tidak termasuk bagi kawasan Maahad Tahfiz An-Nabawiyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kg. Paya Lebar, Sungai Lui yang akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

“Bermakna tujuh perkampungan Melayu dan dua perkampungan orang asli sudah ditamatkan PKPD, kecuali dua tempat tadi,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.

Bagi PKPD di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, akan dilanjutkan sehingga 28 April disebabkan berlaku pertambahan kes di kampung-kampung kawasan berkenaan.

Manakala PKPD ke-3 di Menara City One, Jalan Munsyi Abdullah serta PKPD ke-4 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India juga turut dilanjutkan sehingga 28 April.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri kanan (Keselamatan)

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri kanan (Keselamatan), Yb Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. (14/4/2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, 13 April 2020

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.