Siakap Keli
Gambar: Natipah Abu

“Terpaksa Pakai Baju Lama Kakak Yang Lusuh,” Wanita Cekal Besarkan Anak-Anak OKU Tanpa Pendapatan Tetap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap yang hidup di muka bumi ini akan diuji namun yakinlah bahawa beban ujian tersebut tidak akan menimpa jika kita tidak mampu menghadapinya.

Ada individu yang diuji dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan dalam melayari kehidupan seharian.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu di laman Facebook mengenai seorang ibu tunggal yang cekal menjaga dua orang anak OKU dengan mengambil upah menghantar anak-anak jiran ke sekolah.

BANTUAN ANAK ISTIMEWA.

Kisah keluarga malang ini dirujuk kepada kita kerana mempunyai dua orang anak OKU. Ibunya ..
seorang ibu tunggal.
Darshini ( 16 tahun ) mempunyai masalah lembam manakala adiknya Thiviyan ( 11 tahun ) pula mempunyai masalah cerebral palsy.
Gomathy telah diceraikan suaminya 7 tahun lalu. Sejak itu, Ibu ini gigih membesarkan anak-anaknya tanpa seberang pendapatan tetap.
Buat masa ini, keluarga ini masih tinggal percuma di rumah milik bekas suami namun dua tahun lagi .. mereka harus mengosongkan rumah itu seperti yang telah diputuskan mahkamah termaktub dalam frasa penceraian pasangan itu.
Gomathy berjimat-cermat membesarkan anak-anak. Selain wang JKM … mujurlah dia ada sebuah kereta kancil yang sudah tua. Dengan kereta tua itulah, dia mengambil upah meghantar dan mengambil anak-anak jiran tetangga di sekolah.
Walaupun tidak secara tetap
tetapi dia khidmatnya akan dipanggil bila mereka memerlukan sebagai pendapatan sampingan.
Sungguhpun kedua anaknya OKU .. dia tetap cuba memberikan pendidikan terbaik. Darshini dihantar ke sekolah menengah beraliran pendidikan khas.
Thiviyan pula .. dihantar ke PDK dengan harapan anak itu dapat menjalani fisioterapi dan mampu meningkatkan tahap keupayaan diri walau tidaklah seperti anak-anak normal yang lain.
Bagaimana pun .. sehingga hari ini setelah 6 tahun di PDK, Thiviyian tetap belum menunjukkan apa-apa perkembangan. Thiviyan perlu disokong dan dibantu sepenuhnya oleh ibu. Bahkan untuk bercakap sepatah pun atau memanggilnya “emak”
pun, Thiviyan tidak berupaya.
Pun begitu, Gomathy yang sangat fasih berbahasa Kebangsaan ini, tetap tidak berputus asa.
Baginya … biarpun belum ada perubahan, dia bahagia berulang-alik ke PDK. Di sana Thiviyian ada kawan dan dia juga dapat berkongsi rasa hati dengan ibu-ibu yang senasib dengannya.
Sebelum ini, Thiviyan ada menerima peruntukan untuk membuat kerusi roda khas. Tetapi ibunya menolak. Baginya .. kerusi roda khas itu terlalu besar. Tidak muat pun untuk
kereta kancilnya sedangkan dia perlu ke sana-sini menguruskan anak-anak dan anak jiran-jiranya sekolah.
Daripada membazir wang kerajaan, dia menolak terus. Baginya, cukuplah kalau ada sebuah stroller baby untuk Thiviyan walaupun yang sudah terpakai.
Kasihan Thiviyan.. walaupun dia anak lelaki terpaksa dipakaikan dengan baju lama kepunyaan kakaknya yang sudah lusuh dan koyak kerana ibu perlu berjimat cermat untuk mengisi perut mereka anak beranak.
Kita anak Malaysia ….
Bagi yang berhajat ingin menggantikan baju lusuh Thiviyan ini .. boleh pm Kak Pah.

Sumber: Natipah Abu

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa