Siakap Keli
Foto: The Bangkok Post

Thailand Bergelut, Lebih 6,000 Kampung Diisytihar Kawasan Kemarau & Bekalan Air Membimbangkan

THAILAND kini sedang bergelut mengatasi musim kemarau melampau yang diramalkan berterusan sehingga penghujung Julai, dalam ketika negara itu sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Merujuk laporan The Bangkok Post, kira-kira 6,255 kampung di 24 wilayah telah diisytiharkan kawasan kemarau apabila empangan dan pusat tadahan air hanya menampung 49 peratus bekalan air.

Malangnya lagi, daripada angka tersebut, hanya 26 peratus sahaja bekalan air yang boleh digunakan, lapor mesyuarat Pejabat Sumber Air Kebangsaan (ONWR) secara sidang video, dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri, Gen Prawit Wongsuwon pada Isnin.

Empangan di Lam Prasart Korart di daerah Non Sung, Nakhon Ratchasima dilaporkan telah kering. Foto: The Bangkok Post

Difahamkan, beberapa kawasan sudah menghadapi krisis air yang begitu teruk.

Gen Prawit menekankan bahawa ONWR dan semua agensi kerajaan lain perlu mempercepatkan lagi usaha untuk memastikan setiap isi rumah mempunyai akses yang mencukupi untuk bekalan air bersih.

“Ini akan menyokong dasar kerajaan untuk menggesa orang awam agar kekal berada di rumah bagi menghentikan penularan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, di wilayah utara Phrae, penduduk kampung di sana yang memelihara ikan air tawar dalam 10 sangkar besar di daerah Rong Kwang terpaksa menjual ikan-ikan mereka kerana air kolam takungan tersebut berkurangan dengan cepat.

Sumber: The Bangkok Post

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'