Siakap Keli

(Video) Riuh Dengan Bunyi Mesin Oksigen, Doktor Dedahkan Situasi Sebenar Dalam Hospital Di New York

Amerika Syarikat ketika ini mencatatkan kes Covid-19 yang tertinggi di dunia dengan kira-kira 566,654 kes dan 22, 877 kematian dicatatkan.

Antara negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kes tertinggi adalah New York dengan lebih daripada 188,000 kes telah disahkan setakat 12 April yang lalu.

Kegawatan yang berlaku di New York dapat dilihat menerusi satu video yang dirakam oleh seorang doktor di sebuah hospital. Rakaman itu memaparkan suasana cemas dan tegang di dalam hospital yang dipenuhi pesakit-pesakit Covid-19.

Dr Erik Blutinger yang bertugas di Hospital Mount Sinai Queens itu juga merakamkan bunyi ‘keriuhan’ mesin oksigen di dalam bilik kecemasan.

“Saya melihat pesakit dari pelbagai peringkat umur, kesemuanya sangat sakit.  Melalui lorong ini, anda boleh mendengar bunyi oksigen dan oximeter denyutan nadi pesakit,” katanya.

Bilangan kes di New York adalah lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di AS dan kira-kira satu pertiga daripada jumlah nasional.

Hospital Mount Sinai Queens juga memasang khemah di luar bagi mengendalikan pesakit yang ramai.

 

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa