Seorang lelaki dari Kecamatan Punggur, Lampung Tengah, Indonesia disyaki mencabul anak tirinya yang berusia 5 tahun sehingga mengalami trauma.
Menurut Tribun News, lelaki yang berumur 41 tahun itu telah didakwa mencabul mangsa sewaktu isterinya keluar berniaga di pasar.
Tindakan itu telah dikesan oleh ibu kandung mangsa apabila mangsa mengadu sering sakit apabila membuang air kecil.
“Anak saya sering mengadu sakit pada alat kelaminnya. Saya bertanya kenapa? Pada mulanya dia tidak mahu memberitahu. Selepas saya memaksa, dia terus mengatakan bahawa ayah tirinya yang melakukan perbuatan tersebut.”
“Menurut anak saya perbuatan itu dilakukan lebih daripada satu kali. Oleh itu, saya segera membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut. Hasil rawatan mendapati kesakitan itu berlaku akibat ‘benda tumpul’ melalui bahagian tersebut,” ujar wanita itu.
Menerusi siasatan yang dijalankan, perbuatan itu telah dilakukan sebanyak empat kali. Pegawai Polis, Amsar menjelaskan bahawa pelaku telah mengambil kesempatan untuk menipu mangsa dengan memberi telefon bimbitnya.
“Ketika mangsa bermain permainan di telefon bimbit, suspek mengambil kesempatan dengan segera mencabul mangsa,” jelas Amsar.
Sumber: Tribunnews