Siakap Keli

E-Bazar: Hanya Konsep Pesan & Hantar Ke Rumah Melalui E-Hailing Sahaja Yang Dibenarkan Setakat Ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, konsep pelaksanaan e-bazar yang dibenarkan setakat ini adalah secara pesanan online dan dihantar ke rumah melalui sistem e-hailing.

“Ada dua lagi konsep yang dicadangkan, iaitu panggilan pesanan dan pickup di gerai disediakan dan kedua, konsep pandu lalu,” jelasnya.

Bagaimanapun, tambah Ismail, pihak Kabinet minta supaya perkara tersebut diperhalusi atas sebab kebimbangan dari segi jumlah kenderaan yang terlibat apabila konsep pandu lalu dan sebagainya diperkenalkan.

Sementara itu, walaupun orang awam keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan, atau mengambil barang yang dipesan (di gerai) mahupun secara pandu lalu, ia tetap mendatangkan kebimbangan pihak polis.

“Jadi setakat ini satu sahaja yang kita persetujui, iaitu konsep e-hailing,” katanya.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'