Peti ais merupakan kelengkapan terpenting bagi setiap rumah, lagi-lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tanpa peti ais, pastinya kerja-kerja menyimpan stok barangan mentah sepanjang PKP akan menjadi sukar dan hampir mustahil untuk dilakukan.
Namun, bagaimana pula kalau peti ais tidak sejuk? Dalam keadaan pergerakan yang terhad dan kedai ditutup, pasti sukar untuk mendapatkan khidmat juruteknik.
Bertenang, dengan bermodalkan kira-kira RM12 sahaja, anda peti sejuk anda sendiri di rumah. Jom baca perkongsian Jannatun Naim.
Pernah tak tiba-tiba peti sejuk kat atas beku, tapi kat bawah tak sejuk pun. Takpun atas bawah kurang sejuk? Jadi saya nak kongsi sikit. Selalunya yang jadi masalah ialah termostat atau sensor pencairbeku (defrost) yang rosak.
Jadi saya nak tunjuk kat mana dan cara nak tukar benda ini. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka masa PKP ni. Modal lebih kurang RM12 benda ni.
Peralatan yang diperlukan:
- pemutar skru philip
- pengikat kabel (cable tie)
- termostat pencairbeku
- selotip hitam
- pengering rambut (pilihan)
Sebelum memulakan projek baiki peti ais anda, pastikan anda menutup dahulu suis peti sejuk. Risau peti ais tak beku, orang lain yang kaku nanti.
1. Langkah pertama, buka penutup di bahagian atas peti sejuk.
Jika anda lihat semua sudah beku, inilah sebabnya peti ais anda tidak lagi sejuk.

2. Tunggu ais mencair
Anda boleh biarkan ais mencair sendiri atau gunakan pengering rambut. Tadah cairan dengan bekas untuk membuang ais yang menyeliputi wayar.

3. Keluarkan sensor
Bila dah cair, anda akan nampak sensor peti ais dalam tiub. Potong pengikat wayar (cable tie) dan keluarkan sensor.

Keadaan sensor.


4. Gantikan sensor
Potong wayar asal dan sambung pada sensor yang baru. Anda tak perlu risau bagaimana ingin menyambungnya kerana tiada polariti.
Kemaskan menggunakan shrink tube (warna hijau) atau selotip hitam.

5. Kemaskan
Akhir sekali, letakkan sensor pada posisi asal dengan menghalakan bahagian besi sensor ke bawah. Ikat wayar dengan kemas menggunakan pengikat wayar supaya tidak bergerak-gerak. Pasang semula penutup peti ais dan siap.

Sumber: Jannatun Naim