Siakap Keli
Kredit: Google

Hampir 7,000 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam Di Seluruh Dunia

Sebanyak 6,979 kes kematian akibat COVID-19 telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam di seluruh dunia. Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu setakat ini adalah 126,597 kes secara global.

Menurut data Worldometer, sebanyak 2,407 kematian dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat semalam, menjadikannya negara yang mempunyai kematian tertinggi melebihi 2,000 kes sehari.

Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk dilanda wabak COVID-19 dengan lebih 613,886 kes positif dan 26,047 kematian.

Sementara itu di Sepanyol, sebanyak 174,060 kes positif dengan 18,255 kematian telah direkodkan. Itali pula berada pada tangga ketiga negara paling teruk terjejas wabak dengan lebih 162,488 kes dan 21,067 kematian.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kadar kematian akibat COVID-19 adalah sepuluh kali ganda kadar kematian selesema babi (H1N1) yang menyerang pada 2009 lalu.

Sumber: Worldometer, Independent.uk

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.