Siakap Keli

Harus Baca Al-Quran Dari Telefon Dalam Solat Jika Ada Keperluan- Dr. Zulkifli

Pernahkah kita terfikir, adalah boleh sekiranya kita memegang mushaf Al-Quran di tangan ataupun telefon pintar untuk membaca ayat Al-Quran ketika dalam solat?

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan perbahasan tersebut melalui Twitternya hari ini.

Kata beliau, hukum melihat dan membaca Al-Quran daripada mushaf atau telefon dalam solat fardhu mahupun sunat adalah harus/boleh, jika ada keperluan.

Manakala jika tiada keperluan, ianya makruh.

“Lebih baik bagi makmum untuk tidak melihat mushaf ketika mengikuti imam. Perbuatan memegang mushaf dan seumpamanya seperti melihat telefon dan selainnya akan menyebabkan makmum tersebut terlepas untuk melakukan beberapa perkara sunat dalam solat seperti menumpukan pandangan ke tempat sujud, mendekap tangan ketika berdiri dan boleh menyebabkan pergerakan yang banyak dalam solat tanpa keperluan yang mendesak,” jelas mantan mufti wilayah persekutuan itu lagi.

 

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.