Siakap Keli

Kedutaan Yaman Sumbang Penutup Hidung Dan Mulut, Sarung Tangan Kepada JIM

Kuala Lumpur: Kedutaan Yaman di Malaysia baru-baru ini menyumbang kira-kira 20,000 penutup hidung dan mulut serta 20,000 sarung tangan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Duta Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohamed BA Hamid berkata sumbangan itu lambang perpaduan rakyat Yaman kepada seluruh rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran bagi mendepani kesan pandemik COVID-19.

”Kami tahu ia bukanlah sumbangan yang besar tetapi sebagai tanda simpati dan sokongan terhadap saudara di Malaysia dalam menghadapi saat sukar ini.

”Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang kami sejak sekian lama, tahun ini merupakan tahun kelima Yaman dicengkam krisis kemanusian terburuk dunia…kami tidak akan lupakan jasa negara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini, di sini.

Katanya lagi sumbangan itu juga sebagai menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya yang sentiasa membantu Yaman.

Sumber: Muammar Eusouffi Zainol Abidin (Bernama)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.