Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

KKM Kongsi Bilangan Kes Covid-19 Mengikut Negeri, 9 Kawasan Utama Catat Sifar Kes Baru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa sebanyak sembilan kawasan utama di Malaysia mencatatkan sifar kes baharu setakat hari ini.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM,  antara kawasan kes sifar Covid-19 adalah pada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan, Sabah, Putrajaya dan Labuan.

Pertambahan semua kes di kawasan yang lain itu menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu positif jangkitan yang dicatatkan pada Rabu (15/4/2020) adalah sebanyak 85 kes, sekaligus menjadikan bilangan kes kumulatif meningkat kepada 5,072 kes.

Perkongsian daripada KKMPutrajaya itu juga menggesa agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dipatuhi bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa