Siakap Keli

‘Uncle’ Kelaparan Meninggal Dunia Sehari Selepas Dibantu Seorang Lelaki Dan Anggota Polis

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai individu yang hidup dalam kesempitan dan terpaksa mengikat perut di luar sana. Ditambah dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya keadaan menjadi lebih sukar buat mereka.

Seperti perkongsian oleh seorang individu di Facebook, Che Amierus Shafiq mengenai seorang warga emas yang ditemuinya dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan, ketika dia dalam perjalanan ketempat kerja pada Isnin (13 April 2020).

Ketika dihubungi Siakap Keli, Amierus yang juga pengusaha Bengkel Motosikal Tempoyang Kuala Lipis, Pahang berkata, lelaki berbangsa Cina yang digelar sebagai ‘Uncle’ itu memberitahu bahawa dia lapar dan tidak dapat berjalan kerana baru terjatuh.

Tambah Amierus, melihat keadaan Uncle yang seakan tidak makan beberapa hari, dia bergegas ke kedai berhampiran bagi membeli roti dan air sebelum singgah ke pondok polis berdekatan.

Pasukan polis yang tiba kemudiannya membantu membawa Uncle tersebut pulang ke kediamannya di tepi jalan Kuala Kechau, Kuala Lipis dan membekalkan mangsa dengan makanan.

Difahamkan, mangsa yang bujang dan tingal bersendirian akan dirujuk kepada pihak yang berwajib namun hasrat itu tidak kesampaian apabila keesokkan harinya Uncle tersebut didapati telah meninggal dunia.

Jelas Amierus, dia telah pergi ke rumah Uncle berkenaan seorang diri pada Selasa bagi membantu mengemaskan persekitaran rumah warga emas itu sebelum menyedari kejadian tersebut.

https://www.facebook.com/che.a.shafiq/posts/830565850784591

”Pukul 7 pagi saya pergi potong rumput sorang-sorang, saya ada ketuk pintu tapi uncle tu tak sahut panggilan saya..

”Saya ingat uncle tu tidur.. saya siapkan lah kerja saya dan balik umah, sedar-sedar uncle tu dah tak ada bila tok penghulu datang nak bagi bantuan sekitar jam 10 pagi,” katanya ketika dihubungi.

https://www.facebook.com/che.a.shafiq/posts/830660434108466

Terima kasih kami ucapkan kepada usaha Che Amierus Shafiq dalam membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Moga kisah ini sedikit sebanyak membuka mata pelbagai pihak di luar sana akan realiti kesusahan hidup yang dilalui oleh orang lain dan sebagai bentuk renungan untuk kita agar selalu mensyukuri walau sekecil-kecilnya rezeki dari Tuhan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.