Siakap Keli
Gambar: Juju Minhad

Teringin Nak Makan Roti Kopi Ala Roti Boy, Ini Resepi Lembut Didalam, Rangup Di Luar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika kita lihat di laman media sosial tidak kira sama ada Facebook, Twitter dan Instagram, ada sahaja mereka yang berkongsi pelbagai jenis resepi makanan pada waktu ini. Perkara ini berlaku kerana ianya dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baru-baru ini, satu post oleh Juju Minhad mengenai resepi sejenis roti menarik perhatian ramai pengguna Facebook. Roti yang dimaksudkan adalah roti kopi persis jenama terkenal seperti Roti Boy. Post tersebut dimuat naik olehnya di group masakan,  ‘Masak Apa Hari Ni’.

Berikut adalah resepi serta cara membuat roti kopi tersebut.

Bahan-bahan untuk membuat roti:

  • Tepung gandum 250 gram
  • Gula 50 gram
  • Susu segar 150 gram
  • Telur kuning sebiji
  • Mauripan 1 sudu
  • Mentega 30 gram

Cara menghasilkan roti:

Semua bahan ni dimasukkan dalam besen kecuali mentega. Pukul semua hingga rata. Kemudian, masukkan mentega dan pukul lagi. Kemudian, uli pakai tangan sampai tak melekat. Tutup dengan tuala lembab dalam 40 minit.
Selepas 40 minit, bubuh sepotong mentega dalam doh (salted). Kemudian bulat-bulatkan sebelum susun dalam tray. Tutup dengan kain lembab dalam 10 minit.

Gambar: Juju Minhad

Bahan-bahan untuk topping roti (kopi):

  • Mentega 60 gram
  • Gula 30 gram
  • Serbuk nescafe 2 sudu dengan 2 sudu air suam (godak-godak dalam gelas, ketepikan)
  • Telur sebiji
  • Tepung gandum 70 gram

Cara menghasilkan topping:

Pukul mentega dgn gula sampai creamy. Masukkan telur dan aduk lagi. Kemudian, masukkan air bancuhan nescaffe tadi dan aduk lagi. Akhir sekali masukkan tepung. Aduk sampai rata. Apabila siap, masukkan dalam piping beg dan pipingkan dari tengah secara melengkar atas roti tadi. Kemudian bakar 170′ dalam 20 minit dengan api atas bawah. Tambah 10 minit api atas untuk dapat efek roti yang rangup.

Gambar: Juju Minhad

Apabila semuanya siap, hanya perlu tunggu masa untuk dihidangkan dan dimakan bersama seisi keluarga.

Gambar: Juju Minhad

Sumber: Juju Minhad

Adib Mohd

Nur Farra