Siakap Keli

Trump Arah Amerika Syarikat Henti Salur Dana Kepada WHO

Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilapor telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan pembiayaan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam tweet oleh White House, kerajaan negara tersebut turut akan menilai semula peranan yang dimainkan oleh WHO dalam mengurus perebakan COVID-19.

“Satu kajian akan dijalankan untuk menilai peranan WHO yang silap dalam percaturan serta menutup penyebaran COVID-19.

“WHO telah gagal dalam laksanakan tugas dasarnya dan ia mesti dipertanggungjawabkan,” katanya dalam satu sidang media di White House, merujuk kepada tanggungjawab  WHO bertindak atas penularan wabak COVID-19.

Presiden US, Donald Trump menuduh WHO sebagai ‘China-centric’. Foto: BBC

Dalam pada itu, Trump menuduh WHO gagal membuat penilaian tepat ketika wabak itu pertama kali muncul di bandar Wuhan, selain sebelum ini turut mendakwa pertubuhan tersebut bersikap berat sebelah kepada China.

“Seandainya WHO menjalankan tugasnya untuk mendapatkan pakar perubatan ke China bagi menilai secara objektif keadaan di sana, wabak itu sepatutnya boleh dibendung dan kadar kematian rendah.

“Ini pastinya akan menyelamatkan ribuan nyawa dan mengelakkan keruntuhan ekonomi dunia.

“Namun sebaliknya, WHO dengan rela hati mengambil jaminan China untuk menilai…dan mempertahankan tindakan kerajaan China,” katanya pada pemberita.

Menurut laporan BBC, US adalah penyumbang tunggal terbesar WHO dengan nilai sumbangan berjumlah $400 juta (anggaran RM1.7 bilion) pada tahun lepas; ianya hanya 15 peratus daripada bajet keseluruhan.

US kini merupakan negara yang mempunyai jangkitan COVID-19 paling teruk di dunia dengan 592,743 kes dan 25,239 kematian setakat ini.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'