Kepentingan pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) merupakan antara yang terpenting kerana akan melindungi anggota kesihatan bertugas daripada risiko jangkitan wabak yang menular di seluruh dunia iaitu Covid-19.
Selain PPE, beberapa kelengkapan penting lain perlu digunakan seorang petugas kesihatan seperti alat pelindung sarung tangan, alat pelindung badan, alat pelindung kaki, alat pelindung muka, alat perlindung pernafasan dan alat pelindung kepala.
Baru-baru ini, menerusi laman Facebook dipercayai seorang pegawai perubatan, Malarsanthi Santherasegapan telah menjelaskan isu pemakaian ‘tudung’ yang merupakan salah satu pelengkap PPE.
Menurutnya, walaupun berbangsa Hindu, pemakaian ‘tudung’ itu diwajibkan sebagai pelengkap salah seorang petugas kesihatan yang terdedah kepada risiko wabak merbahaya itu.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan kebimbangan terhadap isu kekurangan peralatan perlindungan peribadi (PPE) susulan peningkatkan penggunaan alat itu daripada tiga ke sepuluh kali ganda sejak permulaan pandemik COVID-19.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengalu-alukan pendermaan PPE.
Sumber: Malarsanthi Santherasegapan