Siakap Keli
Gambar: Google

4 Tips Penjagaan Rambut Yang Boleh Diikuti Oleh Para Lelaki Semasa PKP

Para lelaki pasti sedang memikirkan bagaimana untuk menjaga rambut mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ditambah pula dengan kedai gunting rambut yang tidak dibenarkan untuk beroperasi sepanjang PKP, ianya agak menyukarkan para lelaki lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak gemar berambut panjang.

Namun begitu, ada beberapa tips penjagaan rambut yang boleh korang ikut. Ianya agar rambut sentiasa kekal sihat sementara menunggu tempoh PKP ini tamat.

Menurut Mensxp, ada 4 tips yang boleh para lelaki ikuti iaitu:

Menggunakan Perapi Rambut

Para lelaki jangan hanya menggunakan syampu rambut tetapi gunakan juga perapi rambut. Perapi rambut kaya dengan protein dan mineral penting serta ia membantu untuk menguatkan folikel rambut. Jika selama ini para lelaki sentiasa berada di luar, ianya benar-benar boleh merosakkan kualiti rambut tetapi dengan menggunakan perapi, bahan di dalamnya akan meresap jauh ke dalam kulit kepala, menjadikan folikel rambut lebih kuat dari sebelumnya.

Jangan Syampu Rambut Setiap Hari

Tidak menggunakan syampu rambut setiap hari sebenarnya bermanfaat untuk rambut para lelaki. Mencuci rambut dengan syampu setiap hari boleh menyebabkan rambut kering dan juga menghilangkan minyak semula jadi rambut. Oleh itu, dinasihatkan agar para lelaki tidak menggunakan syampu rambut sekerap yang boleh.

Gunakan Minyak Kelapa

Penggunaan syampu dan perapi rambut masih tidak cukup sebenarnya. Masukkan sedikit daun kari ke dalam minyak tersebut dan panaskan dengan api sederhana. Minyak ini, apabila diurut pada kulit kepala, akan membuatkan folikel rambut kekal segar dan berkhasiat. Ianya juga menjadikan rambut lebih tebal.

Amalkan Spa Rambut Di Rumah.

Walaupun kedai gunting rambut tidak beroperasi sepanjang PKP ini, para lelaki boleh melakukanya hanya di rumah sahaja. Minyak rambut terlebih dahulu dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, ambil tuala dan celupkan ke dalam air panas. Sekarang, lilit tuala tadi pada rambut. Wap daripada tuala itu membantu minyak menembusi jauh ke dalam kulit kepala.

Langkah seterusnya adalah mencuci rambut seperti biasa. Gunakan perapi rambut pada langkah ini. Basuh rambut anda, keluar dan sapukan dengan campuran yang diperbuat daripada dua telur dan dua sudu minyak kelapa. Jangan lupa mengurut folikel rambut semasa menggunakan campuran ini. Basuh rambut selepas setengah jam. Lakukan spa rambut ini seminggu sekali.

Sumber: Mensxp

Adib Mohd

Nur Farra