Siakap Keli

“Zahir Hanya Tersenyum..,” Genap Setahun Anak Hilang, Ayah Mimpi Seakan Petanda Anak Masih Selamat

Genap setahun, kehilangan adik Muhammad Zahiruddin Putra atau Zahir masih menjadi tanda tanya sehingga kini. Pelbagai usaha telah dijalankan, namun kesemuanya menemui jalan buntu.

Bapa kepada Zahir iaitu Mohd Fauzi, berkongsikan pelbagai petanda yang hadir melalui mimpi mereka sekeluarga. Antaranya Zahir yang kini berusia 9 tahun, hanya datang memberikan senyuman dan berlalu pergi.

Pelbagai andaian dibuat, namun Zahir tetap belum ditemui. Tiada apa lagi yang diharapkan oleh keluarga ini selain Zahir pulang dengan selamat ke pangkuan mereka. Sebak!

KEHILANGAN ZAHIR: 1 Tahun/12 Bulan/ 364 Hari

Allahuakbar….. Sudah setahun anakku Zahir hilang. Sudah bermacam mimpi dan bermacam andaian telah ku temui…

Mimpi

1. Datang dalam mimpi orang berjubah dan bertongkat mengelilingi aku sambil tersenyum, tiba-tiba membawa aku di sebuah kebun. Ada pokok pisang bercabang tiga.

Diantara cabang tersebut, kelihatan anakku Zahir. Hanya berpandangan dan Zahir hanya tersenyum sahaja. Tiba-tiba terdengar suara mengatakan, Zahir selamat.

2. Kakak (anakku yang sulung) bermimpi, Zahir berada di sebuah pondok yang buruk tetapi di dalamnya sungguh indah tak sama melihat dari pandangan luar. Zahir sedang bermain di dalam rumah tersebut. Bila di panggil, Zahir hanya menoleh sahaja.

3. Dayang (anakku yang kedua) bermimpi berjumpa Zahir sedang minum di dapur rumah sekarang, tiba-tiba bertukar di tempat lain seperti di kawasan kampung di pondok buruk tapi besar.

Bila dayang masuk kedalam rumah tersebut, kelihatan Zahir masih sedang minum. Zahir terperanjat dan bertanya pada Dayang :

Zahir : Dayang!!! macam mana kau boleh ada sini, pergi balik. Nanti kau pula yang hilang.

Dayang: (Terperanjat) Aku nak bawa kau baliklah Zahir.

Zahir : Dayang balik, nanti nenek datang susah nanti.

Dayang: Mama dan abah rindu kat Zahir, Zahir tak kesian ke kat mama dan abah.

Zahir : Aku selalu balik lah ke rumah abah dan mama.

Dayang : Bila yang kau balik..???

Zahir : Dayang balik….nenek dah nak sampai tu…..

Tiba-tiba rumah tu bergegar dan ada bunyi letupan yang kuat….

Zahir : Dayang… balik sekarang..!!!

Terus Dayang terjaga dari tidur…

4. Kakak Bermimpi lagi, Zahir balik rumah dalam keadaan tubuh dan pakaiannya berlumpur dan berlumut. Kakak mandikan Zahir.

Kakak bertanya, Zahir kemana selama ini. Zahir hanya tersenyum. Bila keluar dari bilik air, tiba-tiba berada di kawasan seperti hutan. Zahir hilang dari pandangan dan kakak terkejut dari tidur.

5. Aku bermimpi. Aku berada di tengah taman dikelilingi hutan dan gunung ganang. Kelihatan ada seorang perempuan berumur membawa seorang kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki.

Perempuan itu berkata, dia nak anaknya berkawan dengan anak aku. Dia amat sayang kan anak aku. Tiba-tiba kawasan tadi bertukar di kawasan rumah aku, sama sangat.

Cuma pelik, tiada sesiapapun di situ, melainkan aku. Suasana senja, awan berwarna merah. Tetiba aku menjerit ”Aku tak izinkan kau ambil anak aku. Kau ambil tanpa izin.

”Ini bukan cara yang baik. Pulangkan anak aku…pulang kan Zahir…PULANGKAN ANAK AKU..!!!” Aku terus tersedar dari tidur.

6. Dayang bermimpi. Zahir tengah bermain di kawasan rumah tetapi tiada sesiapa pun melainkan Zahir… Dayang datang kepada zahir mengajak Zahir balik. Zahir menyatakan ”Biar abah dengan mama yang datang jemput.”

Zahir terus bermain dan hilang tidak tahu kemana. Dayang cuba mencari tetapi tidak berjumpa. Tetiba datang satu bunyi yang menakutkan. Dayang tersedar dari tidur.

Aku sudah buat solat hajat, solat taubat, bersolawat dan berzikir dari tengah malam kekadang sampai subuh.

Ada masa aku seperti di kawasan istana di kelilingi hutan. Ada masa aku berada di gua. Ada masa di hutan dan ada masa di tepi air terjun.

Selalunya orang berjubah, jubah bermacam warna.. kerap kali jubah berwarna putih dan ada yang datang seperti pakaian melayu di raja. Datang hanya memberi senyuman….

Dan ada kala aku seperti di depan pintu kabah/Baitullah dengan cahaya lut sinar yang indah, menangis sambil berzikir. Malangnya anak aku Zahir masih belum bertemu…..

Ya allah, aku serahkan padamu segalanya… hanya engkau yang maha mengetahui…..

Sumber: Mohd Fauzi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)