Siakap Keli

Motorsikal Berkuasa Tinggi Tenggelam Akibat Banjir Kilat Di Petaling Jaya

Hujan lebat yang berlaku pada petang tadi mengakibatkan berlakunya banjir kilat di sekitar kawasan Petaling Jaya.

Banjir yang berlaku sekitar 5 petang tadi menyebabkan beberapa kenderaan terkandas.

Dalam pada itu, Team Rescue Bencana Malaysia melalui Facebook page mereka memberitahu bahawa banjir kilat berlarutan selama 3 jam sehingga menyebabkan Air Sungai Klang melimpah.

Kejadian banjir kilat di Petaling Jaya petang tadi Air Sungai Klang Over flow dari belakang NAZA Motor menyebabkan banjir kilat selama 3 jam petang tadi. Ketinggian air sehingga 2kaki setengah membanjiri kawasan parkir belakang NAZA. Anggota kami telah membuat pemeriksaan pada pukil 8.30malam tadi didapati air sudah surut sepenuhnya.

Difahamkan, ketinggian banjir mencecah sehingga 2 kaki dan menenggelamkan beberapa biji motorsikal berkuasa tinggi dipercayai milik NAZA Motor Petaling Jaya.

Beberapa individu turut berkongsi keadaan banjir yang berlaku petang tadi di media sosial.

Sumber: Twitter, Team Rescue Bencana Malaysia, Israfel Dahlan

Nur Farra