Siakap Keli
Gambar: Sripoku

Baru Dibebaskan Kerana ‘Asimilasi Corona’, Bekas Banduan Ditangkap Semula Lepas Curi Motosikal

Seorang lelaki yang dilaporkan baru sahaja dibebaskan daripada penjara kerana wabak pandemik Covid-19 telah ditangkap semula oleh pihak polis di Lubuh Linggau, Sumatera Selatan, Indonesia kerana disyaki mencuri sebuah motosikal.

“Kami telah berjaya menangkap seorang suspek kecurian motosikal hasil kerjasama dengan polis bahagian Kota Lubuk Linggau Barat. Suspeknya adalah seorang lelaki berumur 20 tahun. kata Polis Daerah Kasat Reskrim Lubuk Linggau, AKP Alex Adrian, kepada wartawan pada Rabu (15/4/2020)”.

Menurut polis, kejadian kecurian itu telah berlaku di Pasar Inpres, Lubuk Linggau, sekitar jam 4 petang, Sabtu (11/4). Pihak polis kemudiannya mengejar suspek dan rakannya yang turut disyaki terlibat dengan kes tersebut.

“Suspek ini merupakan bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan minggu lepas hasil daripada program asimilasi Corona. Sebelum ini, dia ditahan kerana melakukan kes yang sama iaitu kecurian dan menggangu ketenteraman awam,” kata Alex.

Pihak polis menyatakan suspek telah berjaya ditahan di rumahnya bersama dengan sebuah unit motosikal yang dipercayai dicuri. Namun, rakannya berjaya meloloskan diri ketika serbuan dilakukan.

Terdahulu, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan selama 4 hari dengan rekod kes kecurian juga dilaporkan telah ditahan oleh pasukan polis di Palembang. Suspek juga merupakan banduan yang dibebaskan hasil daripada program asimilasi corona di Indonesia.

Sumber: Detik News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa