Siakap Keli
Foto: Google

Jururawat Hidap COVID-19 Meninggal Dunia Beberapa Hari Selepas Lahirkan Bayi

Seorang jururawat hamil yang positif COVID-19 selamat melahirkan bayinya sebelum dirinya sendiri terkorban akibat virus itu di sebuah hospital di England.

Sebelum itu, Mary Agyeiwaa Agyapong, 28, yang bertugas di wad umum Hospital Universiti Dunstable & Luton selama lima tahun, telah menjalani pembedahan kecemasan secara caesar selepas dimasukkan ke wad (untuk proses kelahiran).

Menurut laporan pihak hospital, tahap kesihatan bayi itu berada dalam keadaan selamat sejurus selepas dilahirkan, namun Agyapong yang tidak mempunyai sebarang simptom penyakit serius, didapati meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

Mary Agyeiwaa Agyapong, jururawat yang disahkan positif COVID-19 meninggal dunia beberapa hari selepas melahirkan anaknya. Foto: Independent

“Puan Agyapong telah disahkan positif pada 5 April lalu dan telah dimasukkan ke hospital tempat dia bertugas pada 7 April,” kata pihak The Bedfordshire Hospitals NHS Foundation Trust.

Bagaimanapun menurut laporan Independent, bayi itu bersama ayahnya (yang juga menjalani isolasi) belum dikenal pasti hasil ujian saringan COVID-19 mereka, setakat ini.

Dalam pada itu, ketua hospital menjelaskan bahawa semua prosedur rawatan bagi jururawat yang hamil telah diikuti dan Agyapong dipercayai tidak menjalankan sebarang rawatan kepada pesakit suspek mahupun sah dijangkiti COVID-19.

Agyapong merupakan salah seorang staf NHS – kebanyakannya adalah jururawat yang terkorban kerana wabak tersebut.

Luton and Dunstable University Hospital, tempat Agyapong bertugas selama lima tahun sebelum meninggal dunia di hospital yang sama. Foto: BBC

Sementara itu, seorang sumber memberitahu bahawa jururawat di situ selalunya mengalami kekurangan alat perlindungan diri, malah ada yang kurang gembira bertugas dan berasa takut kerana bimbang terdedah kepada virus.

Namun pihak hospital menyatakan bahawa mereka tidak mengalami kekurangan peralatan (perlindungan) dan tidak mempunyai pesakit COVID-19 sepanjang Agyapong mengambil cuti bersalin.

“Wanita yang hamil selepas tempoh 28 minggu perlu bekerja dalam persekitaran yang selamat,” jelas satu panduan daripada Royal College of Obstetricians and Gynaecologists.

Sumber: Independent, BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.