Siakap Keli

Kandung Anak 9 Bulan, Ibu Redha Allah Hanya ‘Pinjamkan’ Anak Hanya 3 Hari Sebelum Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Hancur’ hati seorang ibu apabila kehilangan anak tersayang, tambah-tambah lagi bila seseorang itu baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama.

Mana taknya, anak yang dikandung selama 9 bulan namun pengakhirannya amat melukakan. Benar, anak itu amanah dari Tuhan untuk kita rasa kasih sayang sebagai ibu.

Paling menyedihkan apabila wanita ini ‘baru’ menatap wajah puterinya dari jauh. Hanya orang yang pernah lalui pasti akan merasainya. Bagitulah perkongsian daripada Ainajeffri di laman Instagramnya tentang kehilangan anak tersayang selepas tiga hari lahir di muka bumi ini.

Sewaktu menghubungi ibu ini, beliau memberitahu bahawa puterinya ‘pergi’ kerana disahkan paru-paru berair.

“Hanya dapat sentuh dari jarak jauh untuk seketika… 3 hari yang cukup bermakna”

12.04.20-14.04.20: Masih lagi terasa seperti mimpi. Alhamdulillah cukup bulan, cukup sifat, semestinya cukup sempurna. Terima kasih atas pinjaman sementara ini Ya Allah. 3 hari yang cukup bermakna. Nur Qaira Ateesha Binti Muhammad Nabil.. Al-Fatihah

Dari hari pertama, tidak pernah lagi mendengar tangisanmu melainkan ketika kamu baru lahir. Dari hari pertama, hanya dapat menatap wajahmu. Hanya dapat sentuh dari jarak jauh untuk seketika.

Menerusi laman Twitternya, Aina menceritakan saat berpisah dengan anak Syurga itu.

Semestinya sakit kan, dicucuk jarum sana sini, dipasang wayar sana sini pada badan. Tidak putus putus doa dibibirku mendoakan kesembuhanmu.

“Tunggu Mummy dan Daddy…”

Akhirnya setelah tiada harapan lagi, baru lah dapat merasa untuk dukung dan peluk tubuhmu yang lemah. Keadaanmu seperti bidadari yang sedang tidur dengan nyenyak. Tidak sempat untukku menyusukanmu hari itu. Meraung bukannya boleh kembalikanmu, redha saja dengan pemergianmu.

Allah lebih sayangkan kamu. Tiada lagi kamu merasa seksa dan kesakitan. Pastinya perasaan yang tak boleh nak digambarkan. Akan sentiasa merinduimu.

Terima kasih atas pinjaman sementara ini Ya Allah. 3 hari yang cukup bermakna. Nur Qaira Ateesha Binti Muhammad Nabil ❤️ Al-Fatihah..

Rata-rata mengucapkan takziah dan semoga keluarga anak Syurga ini sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

 

Sumber: Aina Jeffry

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)