Siakap Keli

“Rindu Anak Dan Bini..” Sayu, ‘Frontliner’ Negara Luah Rasa Rindu Atas Suit PPE Lepas Berminggu Tak Balik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ada di antara kita yang mengeluh kerana tidak dapat keluar seperti sediakala.

Namun di sebalik itu, mereka yang paling terkesan adalah ‘frontliner’ atau barisan hadapan negara. Tidak kiralah doktor, jururawat, polis, tentera, bomba dan pelbagai lagi yang sedang bertungkus-lumus mengerah tenaga dalam menangani wabak Covid-19 ini.

Seperti perkongsian oleh seorang pegguna Facebook, Azlan Pin, mengenai nota-nota kecil yang ditulis di belakang sut PPE yang dipakai oleh barisan frontliner. Antaranya tertera ucapan seperti :

”Rindu bini dan anak, Rindu family, Hero abah, Kesayangan mama” dan banyak lagi.

Difahamkan, Azlan merupakan antara anggota Rescue Bencana Malaysia (RBM) yang berada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mereka bekerjasama dengan pihak bomba bagi melakukan sanitasi awam di kawasan yang terlibat dengan Covid-19.

Luahan hati tak siapa tahu..

Ini bukanlah satu perkara jenaka , tapi ini lah hakikatnya.. Frontliner kental.. semoga Allah memelihara kita semua..

Kami tak akan berhenti selagi diperlukan.. ramai di antara Team Task Force tidak di izinkan pulang ke rumah kerana khuatir risiko berjangkit wabak C19 kepada keluarga.. Tapi kita….?

Rindu bini dan anak..

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh barisan hadapan negara walau berdepan dengan pelbagai risiko.

Kami mendoakan agar semua pertugas dapat berjuang dan berada dalam keadaan selamat sehingga negara kembali pulih daripada wabak ini.

Sebagai rakyat Malaysia, ayuh laksanakan tugas kita dengan duduk di rumah dan mengamalkan langkah pencegahan agar penularan Covid-19 dapat dikawal. Kita belum menang, tapi kita boleh menang!

Sumber: Azlan Pin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.