Siakap Keli
Foto: Ebit Lew Channel

Sedih Baca Kisah Pak Cik Yang Tular, Ustaz Ebit Lew Bayarkan Sewa Bilik Untuk Pak Cik Berteduh

Jika korang masih ingat lagi tentang cerita Pakcik Ahmad yang dikongsikan oleh seorang ibu tunggal yang baik hati menolong pakcik ini. Kini, tiba giliran Ustaz Ebit Lew pula menolongnya untuk dapatkan tempat tinggal yang lebih selamat.

Allah itu maha Kaya, Dia kirimkan mereka yang baik hati menolong meringankan beban Pakcik Ahmad dengan mendapatkan semula rumah sewanya yang sudah lama tertunggak bayaran bulanan.

Sekeping gambar sudah cukup untuk kita jadikan ia sebagai pedoman dalam kehidupan harian kita. Sudah pasti ramai yang bersyukur dan sebak dengan kehidupan Pakcik Ahmad ini.

Foto: Ebit Lew

Sebak bila ramai pm saya tentang pakcik ini malam tadi dah lewat saya baca. Seorang adik Nazira baik hati jumpa dan belanja pakcik ini kfc. Pagi ini terus saya bergegas cari pakcik ini.

Pak Long selepas isterinya meninggal. Terus ke kl cuba mencari rezeki. Sewa bilik dekat kl sebab nak dekat kl.. Dah lama tak bayar. So dah takde bilik untuk tinggal. Sekarang tidur merata-rata dijalanan. Dia tak nak ke rumah gelandangan dan kebajikan. Katanya saya nak terus berusaha sendiri walau apapun.

“Takper pak long. Allah yang sayang pak long”

Saya terus bawanya ke bilik yang dia berhutang lama tu dan tengok bilik tu. Tandas dekat luar. Ada bilik lain disitu. Saya terus call owner dan dia kata Pak Long tu baik. Tapi dah lama sangat. Saya faham yerlah kita semua cari rezeki. Saya pun minta no akaunnya dan bayarkan semua hutang bilik tu dan minta lepas ni saya bayarkan jer bulan-bulan selagi pakcik nak duduk situ. Owner tu happy. Pak long terus menangis kuat terharu masa saya cakap dengan owner tu.

Syukur pak long dah ada rumah. Saya dah beri belanja untuk berehat sampai habis tempoh pkp ini. Masa menangis pak long kata selalu orang tanya khabar simpati. Saya ingat dah takde orang boleh bantu saya. Saya malu rasa ustaz baik sangat tolong macam ni. Takper pakLong. Allah yang sayang pakLong..Jaga solat dan teruskan buat kebaikan.

Masa tu saya pun sebak dan tahan jer menangis. Senyuman tangisan itu buat saya rasa lega. Walau ada lagi beberapa kes lain nak tengok. Ya Allah terimalah semua ini- ebitlew

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

 

Sumber: Ebit Lew Channel

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang