Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Ada Yang Merintih Nak Jumpa Abang, Antara Pesanan Terakhir Mangsa Feri Karam Sewol

Hari ini, 16 April 2020, genap ulang tahun ke-6 kejadian feri karam di Korea Selatan yang membunuh lebih 300 nyawa dengan kebanyakan daripadanya merupakan pelajar sekolah.

Dalam tragedi itu, seramai 250 pelajar yang menyertai lawatan ke Pulau Jeju bersama beberapa orang guru mereka telah terkorban.

Tragedi malang itu menimbulkan pelbagai konflik, pertikaian dan perdebatan dalam kalangan pakar, ahli politik dan masyarakat di Korea Selatan.

Mereka mempertikaikan pihak pengurusan feri tersebut yang dipercayai tidak cekap hingga menyebabkan angka kematian menjadi tinggi.

Menurut laporan, para penumpang dan kru feri mempunyai masa lebih dua jam setengah untuk menyelamatkan diri, namun akibat ‘diminta bertenang dan kekal di kedudukan asal’, ramai yang terkorban.

Malah, kapten feri terlebih dahulu menyelamatkan diri, meninggalkan ratusan penumpang lain di belakang yang percaya mereka akan diselamatkan.

Bantuan dari pengawal pantai juga dipercayai lewat tiba iaitu hanya 40 minit selepas bot-bot nelayan datang untuk menyelamatkan mangsa.

Beberapa video kompilasi detik terakhir para penumpang turut dimuatnaik di Internet. Ada antara mangsa yang sempat meninggalkan pesanan buat ahli keluarga mereka.

Tanda pagar #Remember1604 turut trending di laman Twitter di mana orang ramai menzahirkan kesedihan atas kejadian itu.

Berikut merupakan antara ayat dan pesanan terakhir yang kedengaran dalam rakaman video mangsa-mangsa kapal karam Sewol pada 2014.

“Adakah ia akan jadi seperti Titanic?”

“Siapa nak jaga adik aku? Aku takkan bagi adik aku ikut lawatan sekolah.”

“Abang, aku nak jumpa kau. Tapi aku akan pergi tanpa melihat engkau.”

“Ada bayi. Ini semua gila.”

“Jom jumpa di luar hidup-hidup.”

Berikut merupakan video kompilasi detik-detik terakhir yang sempat dirakam mangsa sebelum kapal karam sepenuhnya.

Sumber: Viktorija

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.