Siakap Keli

COVID-19: Jumlah Kes Covid-19 Di Singapura Kini Menjangkau Lebih 5,000

Gambar Hiasan Via Google

SINGAPURA, 17 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam laporan awal mengesahkan bahawa terdapat penambahan 623 kes jangkitan COVID-19 di negara itu, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini berjumlah 5,050 kes.

Kementerian itu dalam kenyataan di sini memberitahu 25 lagi kes telah discaj, menjadikan jumlah yang sembuh sepenuhnya kini adalah 708.

“Pihak kami masih mengkaji kes-kes ini dengan terperinci, dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi bersama menerusi kenyataan media kementerian yang akan dikeluarkan lewat malam ini,” menurutnya.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam (16 April), Singapura melaporkan 568 kes import, 1,170 kes dikaitkan dengan komuniti yang termasuk pemegang pas kerja yang tinggal di luar asrama manakala 2,689 adalah dari asrama yang terlibat.

Ketika ini tidak kurang daripada 20 asrama terbabit dengan jangkitan berkenaan, dengan 12 telah diwartakan sebagai kes isolasi.

Sementara itu terdapat kira-kira 70 kes positif melibatkan rakyat Malaysia di negara republik itu dengan 19 daripadanya telah sembuh sepenuhnya.

Kira-kira 10 daripadanya dikaitkan dengan enam kluster yang termasuk dua asrama, yakni Tech Park Crescent dan S11 @Punggol, di samping Mustafa Centre, SingPost, sebuah hostel di Jalan Kubor, dan sebuah premis makanan segera,

— BERNAMA

Sofea Shahira

There's always another side to every story

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.