Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Cuma Ada Gambar,” 15 Tahun Terpisah, Lelaki Bersyukur Dapat Jumpa Ibu Kandung Dengan Bantuan Warganet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak semua yang bernasib baik dan mempunyai keluarga yang sempurna. Ada yang diuji dengan kehilangan ibu bapa dan tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka sejak sekian lama.

Perasaan jika dapat bertemu semula dengan mereka mungkin tidak akan dapat digambarkan dengan tutur kata.

Keadaan ini dilalui oleh Aizzat yang memohon bantuan warganet untuk mengesan ibunya yang tidak dijumpai sejak 15 tahun yang lalu.

Menerusi kirimannya di Twitter, Aizzat berkata bahawa dia hanya mempunyai sekeping gambar lama ibunya ketika di zaman belajar.

Berkat bantuan warganet, Aizzat berkata bahawa dia telah pun menjumpai ibunya dan mengucapkan terima kasih kepada yang telah membantu.

Memang tidak dinafikan, ruangan media sosial boleh membantu pelbagai pihak untuk mencari seseorang seperti yang dilakukan oleh Aizzat. Dengan bantuan warganet yang sentiasa prihatin, pencarian menjadi lebih mudah apabila sesuatu kiriman dikongsikan kepada lebih ramai orang.

Sumber: aizzatazm

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.