Siakap Keli

Dah 9 Tahun Tunggu Nak Dapat Anak, Suami Kongsi Ikhtiar Yang Dilakukan Pasangan Ini Hingga Dikurniakan Dua Zuriat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehadiran cahaya mata umpama menjadi pelengkap kepada setiap hidup pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak semua melalui proses yang mudah dalam mendapatkan zuriat. Ada yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama, malah ada yang langsung tidak dikurniakan anak.

Seperti perkongsian oleh seorang individu di Facebook, Eddie Dieana, mengenai pengalamannya dan isteri selama hampir 10 tahun menanti kedatangan si kecil penyeri hidup mereka.

Berkat sabar dan beberapa ikhtiar yang dilakukan, akhirnya Allah mengurniakan zuriat kepada pasangan ini, bukan satu tetapi dua. Mungkin boleh menjadi panduan kepada pasangan yang menanti cahaya mata di luar sana.

Dah 9 tahun tunggu

Hari ini saya nak share satu benda yang dah lama saya nk tulis.. tapi baru hari ni berkesempatan sebab tak tahu nak buat apa dekat hotel ni..

Masih terngiang-ngiang di telinga saya saat isteri saya keluar dari toilet dengan suara yang agak gembira bercampur sedih (mungkin terlalu excited)..

“B.. Cuba tengok ni.. Honey mengandung ke.. tangan Honey menggigil tengok benda ni..”

Aku sebagai seorang lelaki dan suami biasalah.. akan berlakon tenang walau dalam hati bergelodak rasa gembira.. Aku seraya menyahut ” jangan gembira sangat, tengok esok apa keputusan doktor baru boleh happy, kadang-kadang benda ni tak boleh pakai”..

Aku sengaja tenangkan keadaan sebab taknak terlalu berharap.. Ialah, laki mana yang tak happy dah 9 tahun kot tunggu.. baru nak dapat rasa seorang anak..

Depan isteri aku cakap dengan tenang.. try whatsapp akak dan adik you tanya.. betul ke kalau macam tu mengandung.. lalu aku berlalu masuk ke bilik air..

Sambil aku jirus air dekat kepala sambil lalu itulah air mata jantan aku jatuh laju mengalir mengenangkan apa yg isteri aku tunjuk tadi.. gembira yg teramat sangat.. hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan tu..

Isteri mengandung lima minggu

Esoknya.. isteri saya ke klinik ditemani adiknya.. manakala saya ke tempat kerja di Singapura macam biasa.. tak lama lepas isteri pergi klinik.. bertalu-talu mesej masuk.. saya tengok whatsapp.. rupanya dari isteri saya.. “B, doktor sahkan honey mengandung 5 minggu..”

Kali kedua air mata aku berjurai.. walau hanya dengar berita gembira ni.. aku kesat air mata perlahan-lahan.. sorok dari kawan-kawan nampak.. sampai ke hari ini isteri saya tak tahu yang saya menangis kegembiraan.. mungkin lepas dia terbaca post ni baru dia tahu kot..

Kita hanya merancang, tuhan lah penentu segalanya.. di saat dan waktu yang sesuai.. dia hadirkan zuriat buat kami..

Antara usaha yang dilakukan 

Ramai jugak yang PM tanya apa yang saya usahakan sehingga terlahirnya anak ni.. apa yang boleh saya kongsikan.. saya dan isteri buat rawatan di HSI untuk lihat tahap kesuburan..

Hasilnya doktor cakap kedua-duanya okay cuma ada fibroid yang besar tumbuh dalam rahim isteri.. so, isteri saya perlu menjalani pembedahan untuk buang fibroid tersebut..

Lepas dah operate buang fibroid pada tahun 2017.. doktor jangkakan dalam tempoh dua tahun kami akan dapat anak.. dan tepatlah seperti yang doktor tu ramalkan.. penghujung 2019 lahirlah anak kami..

Antara usaha lain yang kami ikhtiar ialah saya sendiri sebagai suami berhenti merokok pada bulan 11/2018.. sebab doktor pesan.. kalau kita merokok sperma jadi tak berkualiti..

Terima kasih juga kepada mak, abang dan kakak saya yang juga berdoa di hadapan kaabah supaya kami suami isteri mendapat zuriat tersendiri.. Akhirnya.. setelah 9 tahun menunggu.. kami dah ada zuriat dari hasil perkahwinan kami sendiri.. dan sekarang kami ada anak bukan satu.. tapi dua sekaligus tuhan bagi kepada kami suami isteri..

So, sepanjang saya berjauhan ni.. kedua-dua anak saya ni lah yang menemani saya di sana.. kebetulan anak lelaki tu muka macam saya.. so, terubatlah rindu isteri saya bila melihat wajah anak saya..

Allah lahirkan mereka di saat dan waktu yang diperlukan

Nampak tak, Allah lahirkan mereka berdua dia saat dan waktu yang diperlukan.. dan disebabkan itulah saya juga sanggup berkorban demi membesarkan mereka dengan penuh kesempurnaan.. InshaAllah..

Apa yang saya cuba nak sampaikan dekat sini.. jika isteri anda tidak boleh mengandung sekalipun.. jangan ejek dia.. jangan jatuhkan semangat dia..

Kerana sepanjang kami tiada anak hari-hari isteri saya akan tanya.. bila kita nak ada anak, orang sana sini semua dah ada anak, yang itu baru kawin dah ada anak, yang ini baru kawin dah ada anak..

Perempuan ni tak mintak banyak.. dia cuma mintak semangat dan sokongan dari kita.. apa yang saya katakan pada isteri..”Sabar, Allah lebih tahu bila dan ketika kita akan ada anak..” kalau kita tak ada anak sekalipun..kasih sayang dan cinta saya kepada awak takkan pudar.. jangan risau.. kata-kata semangat macamtu yang isteri mahukan..

Sumber: Eddie Dieana

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.