Ramai dalam kalangan kita yang pasti tahu kewujudan penyakit kanser.
Terdapat pelbagai jenis kanser yang biasa didedahkan ahli perubatan, antaranya kanser otak, kanser mulut, kanser mata, kanser hati dan banyak lagi.
Namun, pernah anda dengar tentang kanser peti suara?
Berdasarkan tweet oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam, beliau menceritakan pengalaman pembedahan ke atas seorang pesakit yang menghidap kanser peti suara tahap 4.
Pembedahan tersebut dikatakan mengambil masa hampir 12 jam untuk diselesaikan.
Berikut adalah penjelasan beliau mengenai kanser peti suara.
Ini adalah gambar Peti Suara pesakit saya yang telah menjalani pembedahan semalam, memakan masa hampir 12 jam.
Beliau telah dikenalpasti mengidap Kanser Peti Suara tahap 4 dimana keseluruhan struktur Peti Suara beliau terpaksa di buang.
Jom kenali apa itu Kanser Peti Suara 👇👇 pic.twitter.com/KGIjbM8iAk
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
Kanser Peti Suara (larink) merangkumi 25-30% drp Kanser bahagian Kepala & Leher. Ia <5% dari semua jenis Kanser yang ada. Kebanyakan terjadi pada lelaki, dgn ratio 4-5:1 terhadap wanita.
Peti Suara berfungsi untuk menghasilkan suara & juga bertindak sebagai laluan pernafasan. pic.twitter.com/sVqAltoXdm
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
FAKTOR PENYEBAB:
Mengikut satu kajian, 90% adalah disebabkan oleh penggunaan tembakau atau Merokok (seperti pesakit kami)
Faktor lain:
– Minuman beralkohol ( synergistic efek bersama rokok)
– Terdedah kepada debu industri kayu & asbestos
– Virus Human Papilloma
– Asid reflux pic.twitter.com/WuqzEhTFr1— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
GEJALA YANG DIALAMI:
– Suara bertukar menjadi serak atau kasar
– Nafas berbunyi
– Susah untuk menelan
– Batuk berpanjangan & berdarah
– Bengkak pada leher
– Kerap tersedak
– Hilang selera makan
– Berat badan menyusuk secara mendadak. pic.twitter.com/Wp3zEyRY01— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
PENYIASATAN:
Andai anda bergejala seperti diatas, segeralah berjumpa Pakar ORL. Kami akan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk pemeriksaan "Laryngoscopy" dibahagian Peti Suara.
Jika terdapat ketumbuhan ditempat tersebut, sedikit tisu akan diambil untuk penyiasatan makmal. pic.twitter.com/bqaDGlNpau
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
Pengambilan tisu ini dilakukan di dalam dewan bedah secara bius penuh.
Imbasan CT scan akan dilakukan jika ketumbuhan itu besar, menutupi saluran pernafasan, merebak ke saraf peti suara atau struktur sekeliling seperti tulang rawan tiroid.
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
RAWATAN
Untuk Kanser Peti Suara tahap 1 & 2, ia boleh dilakukan samada secara pembedahan ataupun radioterapi.
Pemilihan salah satu rawatan ini akan diberikan secara detail oleh Pakar yang merawat supaya pesakit faham & tahu untuk memilih rawatan mana yang sesuai. pic.twitter.com/4GTSaePKMZ
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
Bagi Kanser Tahap 3 & 4, ia dilakukan Kombinasi Modaliti iaitu pembedahan secara total & disusuli rawatan radioterapi atau kimoterapi selepas pembedahan.
Bergantung kpd beberapa faktor, ada juga Kanser tahap 3, pembedahan sebahagian peti suara dilakukan/radioterapi dicadangkan. pic.twitter.com/fICRdxk0E8
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
SETELAH PETI SUARA DIBUANG, ADAKAH SAYA BOLEH BERCAKAP SEMULA?
Pesakit Tahap 1 & 2, Peti suara x dibuang. Pesakit boleh bercakap, namun suaranya sedikit berbeza.
Pesakit tahap 4, keseluruhan peti suara dibuang. Pesakit tidak mampu bercakap & perlu jalani rehabilitasi suara
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
PILIHAN REHABILITASI SUARA SELEPAS PEMBEDAHAN
1) ESOPHAGEAL SPEECH
– Kaedah ini menggunakan udara yang di telan ke Esophagus yang di keluarkan secara perlahan-lahan melalui kerongkong.
-Kaedah ini zero kos tetapi perlukan motivasi & teknik pembelajaran yang sangat tinggi.— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
2) TRACHEO-ESOPHAGEAL PUNCTURE (TEP)
– Kaedah ini kami gunakan kepada pesakit kami semalam. Boleh lihat gambar macam mana rupa suara prostesis ini.
– Suara prostesis ini akan diletakkan di antara trachea & kerongkong (farink) pic.twitter.com/sQgPcB9VVh— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
3) ELEKTRO-LARINK SPEECH
– Pernah tengok cerita Ong Bak? Jika ya, anda mungkin perasan seorang pelakon bercakap seperti suara robot & memakai satu alat yang perlu di tekan di leher untuk bercakap.
– Alat ini bertindak sebagai penguat bunyi getaran. pic.twitter.com/kqwSHIwHny— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
KESIMPULAN:
Jauhi amalan MEROKOK..!!! Ia bukan sahaja penyebab kepada Kanser Peti Suara, malahan penyebab kepada kebanyakan Kanser-Kanser lain seperti mulut, hidung & paru-paru
Kita mampu mengubahnya.!! 💪💪#MedTweetMY pic.twitter.com/w7R6wrbTfW
— Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | (@Dr_Shaiful) April 17, 2020
Sumber: Dr Shaiful