Siakap Keli

NGO Hantar Bantuan Perlu Daftar Dengan JKM – Menteri

Setiap badan bukan kerajaan (NGO) yang menghantar bantuan kepada penerima perlu mendaftar dan memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendaftaran tersebut bertujuan untuk pihak JKM mengesan atau mengenal pasti maklumat sekiranya berlaku sebarang masalah, seperti jangkitan COVID-19.

“Bila mereka menghantar makanan, mereka akan bertemu dengan pihak penerima dan kita tidak tahu bagaimana kondisi kesihatan mereka. Jika berlaku apa-apa, kalau mereka berdaftar, kita boleh mengesan maklumat jangkitan tersebut.

“Katakan yang menghantar itu disahkan positif COVID-19, kita boleh trace siapa yang menghantar, NGO mana yang menghantar.

“Jadi jika kita tidak ada informasi ini, kalau timbul kes, kita tidak dapat selamatkan NGO yang ada kontak dengan pesakit tersebut,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Ismail lagi, langkah tersebut bukan untuk menyukarkan mana-mana pihak, namun ia adalah untuk permudahkan urusan menyelamatkan pihak terlibat.

“Hanya daftar ke mana nak pergi, dan maklum siapa yang mahu dijumpai supaya boleh buat pengesanan kalau timbul isu berkaitan kesihatan dan sebagainya,” tambahnya.

Sumber:RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.