Petugas barisan hadapan sememangnya merupakan antara individu yang memainkan peranan penting dalam membendung penularan Covid-19 yang sedang melanda Malaysia pada ketika ini.
Mereka terpaksa berkorban segalanya demi memastikan agar pandemik ini segera terhapus.
Mungkin ada yang tidak mengetahui namun petugas kesihatan akan lebih terdedah kepada masalah kulit kerana mereka lebih kerap membasuh tangan dengan sabun bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Sedar akan hal ini, pakar dermatologi, Dr Hafsah Sazali dan Dr Kartini Farah Rahim berkongsi 10 tips penjagaan kulit untuk mereka.
ERA COVID-19: PENJAGAAN KULIT BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN
Warga kesihatan memang lebih terdedah kepada masalah kulit disebabkan pekerjaan seperti ekzema tangan kerana lebih kerap membasuh tangan dengan sabun bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Ikuti bebenang iniš#MedTweetMY pic.twitter.com/MWt4EwRyWZ
— Dr Hafsah Sazali (@hafsah_sazali) April 16, 2020
Sumber: Dr Hafsah Sazali