Siakap Keli

“Runner” Persendirian Boleh Beroperasi Tetapi Diminta Berdaftar Dengan PBT- Menteri

Semua penghantar makanan (runner) di bandar-bandar kecil mahupun secara persendirian (individu) diminta berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjalankan operasi mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut termasuk dalam keputusan dasar mesyuarat untuk membenarkan operasi penghantaran diteruskan.

Bagaimanapun, semua syarikat e-hailing termasuk runner di bandar-bandar kecil mahupun secara individu, mereka perlu menjalani saringan kesihatan di klinik kesihatan awam atau swasta di daerah masing-masing.

“Kita mahu menjaga kesihatan mereka sebab kita tahu mereka adalah orang yang menghantar makanan secara terus kepada pelanggan, tentulah akan berlaku keadaan bersemuka di  antara mereka dengan pelanggan,” jelasnya dalam Sidang Media Harian PKP, hari ini.

Manakala, lebih 40 syarikat e-hailing di negara ini juga dibenarkan terus beroperasi untuk menghantar makanan.

Selain itu, Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan arahan kepada lebih 40 syarikat e-hailing, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mengeluarkan arahan kepada syarikat-syarikat restoran makana segera untuk memastikan runner mereka menjalani saringan kesihatan.

https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/346924422932226/?v=346924422932226

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.