Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

“Satu Hari Tanpa Manusia,” Kelibat Buaya ‘Santai’ Berjemur Di Pantai Mexico Tarik Perhatian

Sejumlah buaya di pantai Mexico menunjukkan bagaimana tenangnya hidup tanpa gangguan manusia selepas dilihat berjemur dengan penuh keselesaan.

Seorang jurugambar tempatan bernama Janitzio Ramos adalah inividu yang telah berjaya menangkap gambar reptilia tersebut sedang berjemur di sebuah pantai yang ditutup pihak kerajaan selama beberapa minggu susulan daripada penularan wabak Covid-19.

Menurut jurugambar berusia 31 tahun itu, ketika dia sedang berjalan-jalan di pantai tersebut pada bulan lalu, dia telah terserempak dengan sejumlah buaya yang sedang berjemur.

Ramos yang bekerja untuk Lagarto Real, sebuah syarikat ekopelancongan tempatan yang beroperasi di sebuah perkampungan kecil, tanpa membuang masa telah mengambil kameranya dan menangkap gambar lima haiwan reptilia itu yang sedang bersantai di pantai tersebut.

Beberapa hari kemudian, gambar tersebut telah menjadi tular selepas dia berkongsikannya di Facebook.

“Gambar tersebut telah diambil pada 6 Mac. Saya seorang penggemar seni fotografi dan banyak gambar yang telah saya simpan dalam fail saya,” katanya.

Ramos mengenakan kapsyen ‘satu hari lagi tanpa manusia’ pada gambar tersebut kerana dia ingin menonjolkan ‘kehidupan manusia ketika ini.’

Sementara media-media tempatan yang tidak tahu menahu berkenaan perkara tersebut telah menyatakan bahawa buaya-buaya itu kini sedang menjajah pantai berkenaan kerana ketiadaan pengunjung susulan daripada arahan penutupan yang dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

Ramos membidasnya dengan menyatakan bahawa reptila tersebut sememangnya pengunjung tetap di pantai itu.

“Buaya tersebut sebenarnya bukanlah pengunjung, kerana mereka memang selalu ada disitu pada sebelum ini.”

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.