Siakap Keli
Gambar: BPM

(Video) Rakaman Objek Misteri Seperti Terbakar Di Ruang Udara Selama 20 Minit Sebelum Hilang

Objek  misteri yang seperit terbakar dilihat di ruang udara Cambridgeshire, United Kingdom pada Rabu lepas sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Kejadian aneh tersebut berjaya dikesan oleh Gerry Underwood, 55 tahun pada jam 8 malam kawasan perumahannya.

Menurut Metro UK, dia pada ketika itu sedang duduk di luar perahunya di Stretham, ketika dia melihat jejak itu di udara.

“Ia seperti chemtrail yang sangat tebal pada mulanya dan kelihatan seperti awan pendek dan kurus. Ia sama sekali tidak bergerak dengan cepat. Saya cukup yakin itu bukan meteor kerana ia hilang dalam beberapa saat,” kata Gerry.

“Kami telah melihat beratus-ratus tahi bintang, tetapi bukan untuk kejadian ini. Ianya turun dengan perlahan dan berputar. Ia mula bersinar oren seperti yang anda lihat dalam gambar.”

Gambar: BPM
Gambar: BPM

“Ada juga api yang keluar dari belakangnya. Ia sangat luar biasa,” katanya lagi.

Gerry mengatakan bahawa dia melihat objek yang tidak dikenali itu di udara antara 10 hingga 20 minit dan hilang selepas itu.

Gambar: BPM

“Kami melihat banyak perkara pelik di sungai ini, tetapi ini pertama kali kami melihat sesuatu seperti itu,” ujarnya.

Menurut DailyMail, pelbagai teori dikeluarkan oleh pakar berkenaan perkara tersebut. Pelbagai teori telah diperkatakan termasuk hujan meteor, tahi bintang, bunga api, laluan kapal terbang dan juga tanda-tanda kehidupan luar bumi.

Namun, pakar-pakar astronomi berusaha untuk meyakinkan orang ramai bahawa keajaiban langit malam itu adalah suatu kejadian semula jadi.

Sumber: Metro UK, DailyMail

Adib Mohd

Nur Farra