Siakap Keli

(Video) Ribuan Anak Ayam ‘Banjiri’ Kawasan Lapang Dipercayai Seminggu Selepas Telur Ayam Dibuang

Berlegar di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan ribuan telur ayam yang didakwa dibuang, menetas dengan sendirinya di satu kawasan terbuka.

Dari beberapa sumber yang memuat naik video tersebut, difahamkan bahawa kejadian unik itu terjadi di Surjani, sebuah bandar kecil yang terletak di Karachi, Pakistan.

Dalam video tersebut, beribu-ribu anak ayam dilihat berkeliaran di sebuah kawasan lapang yang terletak di sebuah jalan di pinggir bandar.

Sebahagian anak ayam itu bergerak-gerak dan berlari dengan pantas di bahagian tepi jalan.

Sebahagian daripada itu lagi dilihat masih berkumpul di satu kawasan sehingga menampakkan seperti seolah-olah sebuah padang kuning jika dilihat dari jauh.

Dipercayai, lokasi anak-anak ayam yang dijumpai itu didakwa merupakan lokasi pusat pelupusan telur ayam.

Terlihat tompokan telur yang menggunung di lokasi yang agak jauh dari tepi jalan.

Pelbagai sumber yang memuat naik video tersebut menyatakan bahawa telur-telur itu dibuang kerana disyaki dijangkiti dengan virus Covid-19.

Menurut newsmeter.in, hasil daripada maklumat yang dikumpul berkenaan video tersebut, mereka telah menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa telur itu telah dijangkiti dengan virus Covid-19.

Ada juga dakwaan yang menyatakan bahawa terdapat syarikat yang telah membuangnya kerana telur-telur tersebut telah melepasi tarikh luputnya.

Namun ajaibnya, seminggu setelah telur itu dilaporkan dibuang, telur tersebut telah menetas dengan sendirinya di kawasan tersebut kerana bahang panas daripada cahaya matahari.

Sungguhpun begitu, tidak dapat dipastikan dengan tepat berkenaan bilakah kejadian itu sebenarnya terjadi.

Menurut Serambines.com, video tersebut telah dimuat naik oleh salah satu saluran TV Pakistan, No Chaos Tv melalui saluran Youtube pada 27 Mac 2020.

Video tersebut seterusnya menjadi tular di media sosial, khususnya di Facebook pada awal April 2020 yang lalu dengan dakwaan telur-telur itu dibuang kerana Covid-19.

Sumber: Serambi News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa