Siakap Keli

(Video) YDP Agong Mencemar Duli, Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam

KUALA LUMPUR, 17 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli meninjau sendiri keadaan lalu lintas pada sebelah malam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga di sekitar Kuala Lumpur.

Istana Negara, menerusi laman Instagram, memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Turut dimuat naik bersama hantaran itu, video berdurasi 18 saat, yang memaparkan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda puas hati dengan sikap pematuhan yang ditunjukkan oleh rakyat.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan PKP fasa tiga ini dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah.

Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di ibu kota pada hari ketiga pelaksanaan PKP fasa satu dengan memandu sendiri kenderaan selain turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.

View this post on Instagram

16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19. Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan. Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera. . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong went for a drive earlier tonight around the city of Kuala Lumpur, to observe the compliance level during Phase 3 of the Movement Control Order. His Majesty reiterated his support for the government's efforts in implementing Phase 3 of the MCO. His Majesty hopes that Malaysians would prioritise their health and stay at home to curb the spread of the Covid-19 pandemic and was satisfied and pleased with the cooperation given by the people in ensuring the wellbeing of the nation. His Majesty continues to pray for success in combating the spread of this pandemic. Daulat Tuanku #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)